Followers

ads

Mari Berkenalan!

Assalamualaikum !!



 
    Selamat Berkenalan kepada semua customer di luar sana,. BabyLola Baby Shop adalah usahasama saya bersama dengan suami tercinta. Perniagaan yang baru saya ceburi ini adalah atas dasar minat dan kerana saya juga merupakan bakal ibu dan akan menjadi seorang ibu tidak lama lagi,.

      Kepayahan mencari baju-baju baby comel & cantik serta berpatutan harganya telah membuatkan saya bertekad untuk membuka BabyLola Baby Shop ini untuk membantu ibu-ibu diluar sana mendapatkan pakaian serta aksesori bayi yang berkualiti, comel serta dengan harga yang berpatutan. Kegairahan ketika melihat baju2 serta aksesori comel bayi juga telah mendorong kepada pembukaan butik ini.

     Semoga kehadiran saya di dalam perniagaan Blogshop ini mendapat tempat dihati para-para ibu diluar sana. Kejujuran di dalam perniagaan menjadi teras kepada perniagaan kami,. Saya jujur anda juga perlu jujur, cukup mudah!.

   Untuk rakan-rakan niaga yang sudah lama menceburi bidang perniagaan,. diharap sudilah kiranya memberi tunjuk ajar dan bimbingan kepada saya si pendatang baru ini. Anda juga boleh melayari blog personal saya di Bila Puan Ayeen Berblog! dan di personal FB saya Ayeen Muhammad.

Terima Kasih!

No comments:

Post a Comment